Nada Cinta Di Astro Ria



Sinetron baru Nada Cinta lakonan Randy Pangalila dan Mikha Tembayong bakal mendapat sambutan hangat di Malaysia, sinetron ini akan ditayangkan pada 27hb September ni di Astro Ria menggantikan sinetron Hingga Akhir Waktu, setiap Isnin -- Khamis jam 6.30 petang. Nada Cinta ialah sinetron muzikal pernah ditayangkan di Indonesia mempunyai 244 episod.



Faris adalah ana orang kaya menjalinkan hubungan cinta dengan Rina (lakonan Dewi Sandra) seorang guru muzik dari sebuah keluarga yang sederhana. Hubungan cinta mereka ditentang oleh Tirta ayah Faris. Faris dan Rina dipisahkan, Faris dipaksa berkahwin dengan Nia.

Rina rupanya hamil (hubungan dengan Faris) dan melahirkan anak perempuan, yang kemudiannya diculik oleh Nia dan dihantar ke rumah anak yatim.


Selepas 17 tahun Nada ( anak perempuan Rina) yang dibuang Nia kini sudah dewasa dan menjadi remaja yang sangat cantik dan sukakan muzik. Nada menyimpan hasrat nak bertemu ibu dan bapanya yang tak pernah dia ketahui berada di mana, dia kemudian lari ke Jakarta.

Di Jakarta dia telah terlibat dalam kemalangan dan nyaris dilanggar kereta, tapi diselamatkan oleh Rina. Pertemuan itu tidak berjaya membuatkan mereka bersatu kembali. Nada membawa haluan sendiri hingga bertemu dengan 3 orang jalanan, mereka membuka warung di depan sebuah sekolah mewah tempat anak anak orang kaya. Kebetulan Rina mengajar muzik di sekolah tu.

Rina dan Nada kembali rapat dan masing masing sukakan muzik. Nada mempunyai suara yang merdu. Di sekolah tu ada Ricky (lakonan Randy Pangalila) seorang pelajar yang kacak dan menjadi tumpuan di sekolah. Ricky terpesona dengan suara merdu Nada.

Rasty kekasih Ricky mulai cemburu melihat Ricky memberi tumpuan kepada Nada, Rasty cuba sedaya upaya nak menyingkirkan Nada dari sisi Ricky.

Rasty rupanya anak Faris dan Nia. Adakah Rasty dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dulu? Atau akankah ini membuat Faris kembali kepada Rina? nantikan kesudahan dan episod akhir Nada Cinta di Astro.

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Selain sinetron Indonesia, TV Malaysia ada juga menanyangkan hasil seni dari produksi tempatan, Japan, Korea, Taiwan, HK, Filipina, Latin,Thailand, Hollywood, Bollywood, Arab, maupun dari Zimbabwe (jika ada...).....aku masih ingat drama Japan... Oashin...yg terlebih dahulu popular di Malaysia sebelum datangnya Telenovela & Sinetron...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...